KUALA LUMPUR, 14 Dis — Menteri Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad meluangkan masa melawat Scholar’s Library of Arts Malaysia (IAMM) pada majlis pelancaran perpustakaan tersebut di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini hari ini. Perpustakaan yang lancarkan perdana menteri ini menyediakan 20,000 buku termasuk 3,000 buku lisan dan buku cetakan ditubuhkan untuk menjadi satu hubungan penting dalam perkongsian pengetahuan sejarah Islam, seni, budaya, tamadun serta disiplin lain yang berkaitan. Perpustakaan ini turut menggunakan sistem pengkatalogan Library of Congress dan enjin carian OPAC. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA
SUBANG, 1 Okt — Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (depan) bergambar bersama pegawai tinggi ATM, 45 pegawai dan 1163 anggota lain-lain pangkat dari ketiga-tiga perkhidmatan darat, udara dan laut Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada sambutan Hari ATM ke-85 di Pangakalan Udara TUDM Subang disini hari ini. Perbarisan sambutan Hari ATM ke-85 kali ini membawa tema ‘ATM TERAS KEDAUTALAN NEGARA’ berkonsepkan tempur ketenteraan. Perbarisan ini turut disertai dengan peragaan aset ATM iaitu pesawat Airbus A-400M, pesawat C-130 Hercules, helikopter Black Hawk, Helikopter AS-61 N1, kereta perisai Adnan, Vamtac AGL dan lintas hormat udara oleh sembilan buah helikopter. –fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA